Melangkah kaki ke sebuah institusi pengajian adalah impian
buat semua orang yang menyayangi ILMU.. Begitu jua diri ini.. Sudah tentu yang
paling gembira apabila mendengar diri ini dapat masuk belajar di sebuah kolej
di negeri sendiri semestinya family terutama sekali Ibuku.. Dialah orang yang
paling gembira sekali,ini impiannya sejak sekian lama.. Kenduri telah dirancang
olehnya dari dulu lagi.. Hajatnya akhir tercapai..
Disaat semua orang gembira dengan khabar ini, diriku tidak
sebegitu rupa.. Bukan tidak hepy bila dapat berita ini,memang ini yang
kuharapkan selama ini tetapi masih ada sesuatu yang membuatkanku rasa tidak
terlalu hepy sangat.. Semuanya disebabkan Dia( xprlu utk mnyebut namanya lg)..
Ketika mendapat surat aku berada di
perlis menghadiri kursus anjuran peladang.. Tiba2 tertera di skrin telefon nama
Ibu.. Berita apakah yang ingin Ibu sampaikan ini.. Hati kecilku mula
berbicara,rasa berkobar2 ingin tahu mula mengasak jiwa ini.. Dengan nada yang
agak tenang aku menjawab panggilan tersebut.. “ Akak,td posmen ada hantar surat
untuk akak,”ibu memulakan perbicaraan.. “Surat apa Ibu?” tanyaku.. “ Surat akak
dapat sambung belajar,”jawabnya.. Kalimah Alhamdulilah yang dapat kuucapkan..
Doa ibu akhirnya termakbul.. Aku tersenyum. Wajah si Dia mula terbayang. Tak sabar rasanya
ingin berkongsi berita ini dengannya. Telefon akhirnya berada di
tanganku,mencari namanya dan terus menekan butang dail..
Aku: Assalamualaikum..
Dia: Waalaikummussalam..
Aku: Erm.. Sibuk? Ana ganggu ke ni?
Dia: Eh,xpn.. Ada kat Penang skrg..
Aku: Owh.. Erm.. Ok..
Dia: Kenapa? Ada apa2 ke nk kongsi?
Aku: Ibu call td bgtau ana dapat sambung belajar..
Dia: owh.. Yeke? Tahniah.. Alhamdulilah.. Akhirnya dapat
juga..
Setelah hampir setengah jam bercakap dengannya,membuatkan
diri ini bertambah yakin untuk menempuh alam yang baru itu.. Dia banyak memberi
kata2 semangat dan juga nasihat..
Hari yang ditunggu2 akhirnya tiba jua..
Hari pertama melangkah masuk ke kolej,membuatkan diri ini
rasa gugup.. Dapatkah aku membiasakan diri dengan alam baru ini? Berbagai2
persoalan mula bermain2 di fikiran.. Seminggu berorientasi bermacam2 perkara
serta ilmu yang ku perolehi.. Disamping mendapat kawan2 baru yang datang dari
seluruh negeri,bermacam2 loghat yang dapat ku belajar dari mereka..
Hampir seminggu tiada khabar berita darinya.. Lupakah dia
akan diriku? Ataupun terlalu sibuk dirinya sehingga diri ini tidak dipedulikan
lagi.. Habis shja program, aku cuba menghubunginya.. Akan tetapi panggilanku
tidak dijawab.. Hati mula terasa dengan sikapnya. Aku menenangkan diri,tidak
terlalu berprasangka buruk sedangkan fikiran mula berfikir bermacam2
kemungkinan yang bakal berlaku. Hampir 3mggu dirinya tiada khabar berita. Hati
mula merasa resah. Untuk sekian kalinya,setelah lama dirinya mendiamkan diri
aku memberanikan diri menghantar mesej kepadanya. Tidak kuduga perkara yang
menyedihkan kuterima darinya. Hati ini mula berputus asa sedangkan sesi
pengajian baru sahaja bermula.. Ya Allah.. Kuatkanlah Hati hambamu ini..
Mutiara jernih mula menyapa pipiku untuk malam itu. Tidak pernah kurasa sesakit
ini,tergurisnya sebuah hati tak dapat kubayangkan. Namun, ku tahu ada hikmah
disebalik yang berlaku. Perhubungan yang hampir 5 tahun itu terkubur jua. Aku
terima segala takdirNYA. Mungkin dia bukan yang terbaik buat diriku. Meskipun
diri ini masih kecewa,aku tetap bersemangat meneruskan pengajian. Menyibukkan
diri dengan belajar membuatkan aku sedikit sebanyak melupakan perkara yang
memeritkan itu. Sokongan dari sahabat2 sangat memberi keyakinan kepada diriku
yang lemah ini. Tanpa sahabat sekalian mungkin diri ini tidak mampu sekuat seperti
sekarang. Gagal dalam sesuatu perhubungan bukan penghalang untuk kita berjaya di
masa hadapan. Masa silam tak perlu diingati lagi andai ia hanya menyakitkan.
Alhamdulilah,dengan berkat kesabaran,ketabahan hati aku berjaya
melupakan sedikit apa yang telah berlaku. Diriku tenang kembali,hidupku kembali
ceria seperti selalu. Setelah beberapa tahun kemudian diri ini diuji lagi. Aku
selesa berkawan dengannya. Dia pandai mengambil hati. Namun, aku harus menerima
dirinya hanya sebagai kawan sahaja kerana dirinya sudah dimiliki. Aku terima
dengan hati yang tenang. Mungkin bukan dia yang diciptakan untukku. Hatiku
tetap tabah menerima sebarang kemungkinan. Kegagalan dulu membuatkan aku
menjadi lebih berhati2 untuk berkawan dengan insan bernama LELAKI. Bukan disebabkan
terlalu kecewa,tetapi tidak sanggup untuk disakiti lagi. Sesungguhnya kehilangan
insan yang disayangi amat memeritkan.
Kini,aku hanya mengharapkan cinta Allah yang terlebih dahulu
bertakhta di hati ini. Begitu juga ku harap pada dirimu agar hatimu juga
mengharapkan cinta Allah. InsyaAllah,seandainya DIA mengizinkan kita untuk bersama
tiada apa yang dapat menghalang kita untuk bersatu. DIA yang menghadirkan rasa
cinta ini ke dalam hati kita,seharusnya kita mencintaiNYA terlebih dahulu..
Andai kau yang diciptakan untuk menjadi imamku nanti,aku amat2 bersyukur
kepadaNYA kerana memilih diriku menjadi makmum buat dirimu. Cintailah aku
kerana ALLAH bukan kerana siapa diriku..
Allah menguji hambanya tanda DIA
menyayangi hambanya,
DIA rindu untuk mendengar rintihan kita,
Tabahkanlah hati dengan setiap ujian yang diberi,
Alangkah
beruntungnya hamba itu apabila diuji,
Berprasangka baiklah terhadapNYA..
~ Sekadar perkongsian ~ :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan