Halaman


Rabu, 3 April 2013

~ KISAH YANG AMAT MENGINSAFKAN ~



Hayatilah dan ambil iktibar....semoga bermanfaat

Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya.

Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia.

Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.

Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..

sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.

Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan.

Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka.

Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran.

Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran.

Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf.

Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...

itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran?

Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..

kita sangat sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... :( "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.......






........ ALLAHUAKHBAR....
~ Bacalah Al-Quran walaupun satu ayat.. Pesan untuk diri sendiri juga.. Semoga bermanfaat untuk kita semua!! 

Sekadar Perkongsian Ilmu..





Sesiapa yang ingin hajatnya ditunaikan oleh Allah maka penuhilah hajat/keperluan kaum muslimin

Abdullah bin Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah Salallahualaihiwassalam bersabda : المسلم أخو المسلم : لا يظلمه ولا يسلمه . من كان في حاجة أخيه كان الله في حاجته ومن فرج عن مسلم كربة فرج الله عنه بها كربة من كرب يوم القيامة ومن ستر مسلما ستره الله يوم القيامة ' Seorang Muslim itu adalah saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak boleh menzaliminya atau menyerahkannya (kepada musuh). Barangsiapa yang menolong menunaikan hajat keperluan saudaranya maka sesungguhnya Allah akan memenuhi hajat keperluannya dan barangsiapa yang melepaskan seorang muslim dari kesusahan maka Allah akan melepaskan dari dirinya kesusahan pada hari kiamat. Barangsiapa yang menutup aib (kesalahan) seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya (kesalahannya) di hari kiamat. [riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Pengajaran hadith :

1. Setiap muslim bersaudara, ada hak2 persaudaraan yg perlu dijaga
2. Tidak boleh menzaliminya sebaliknya kena berlaku adil
3. Tidak boleh menyerahkan seorang muslim kepada musuh atau orang kafir dan wajib melindunginya.
4. Sesiapa yang menolong memenuhi hajat keperluan seseorang muslim maka hajatnya akan dipenuhi oleh Allah.
5. Sesiapa yang melepaskan seorang Muslim dari kesusahan maka Allah akan melepaskan dirinya dari kesusahan akhirat.
6. Sesiapa yang menutup aib seorang muslim maka aibnya juga akan ditutup oleh Allah di hari akhirat.
7. Ukhuwah Islamiyyah adalah perkara aqeedah, ia melibatkan cabang Iman dan persoalan iktiqad.

Hanya seorang yang benar-benar Muslim akan mengambil berat tentang Muslim yang lain !