Halaman


Selasa, 20 November 2012

Mana Satu Pilihan Hati?




Saya bertanya kepada emak, “mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..” mak menyusun ayat-ayatnya.
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung, “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”
Mak menyambung lagi, “Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
“Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu,” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.
“Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak..” Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.
“Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak.
Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya.
Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
“Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya,” emak berhenti seketika.
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.”
“Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.
Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.”
“Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu..
Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur,” sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara,” emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


Bonda...
Anakanda masih memerlukan petunjuk,
ke jalan kebahagiaan,
dunia dan akhirat,
setia mengajar erti kekuatan,
resu dan doa,
Bonda iringkan,
terima kasih atas segalanya,
jasa Bonda akan anakanda kenang,
kerana kau adalah....
IBUKU!! 

Ya Allah,aku amat menyayangi ibuku.. Berikanlah kebahagiaan kepada dirinya di dunia & akhirat.. Berkatilah dirinya dan berilah dia kekuatan disaat dirinya terasa lemah.. Ibu pengubatku tika suka dan duka disaat orang lain tidak memahami diriku.. Ibu kaulah segala2nya bagiku.. Luv u MOM!! 

DOAKU BUATMU

~ Sayangilah mereka ~

* Khas Buat IBU Yang Tercinta * Semoga Dirimu Sentiasa Dalam RahmatNYA.. 


Ahad, 11 November 2012

Kau pergi jua…


Melangkah kaki ke sebuah institusi pengajian adalah impian buat semua orang yang menyayangi ILMU.. Begitu jua diri ini.. Sudah tentu yang paling gembira apabila mendengar diri ini dapat masuk belajar di sebuah kolej di negeri sendiri semestinya family terutama sekali Ibuku.. Dialah orang yang paling gembira sekali,ini impiannya sejak sekian lama.. Kenduri telah dirancang olehnya dari dulu lagi.. Hajatnya akhir tercapai..
Disaat semua orang gembira dengan khabar ini, diriku tidak sebegitu rupa.. Bukan tidak hepy bila dapat berita ini,memang ini yang kuharapkan selama ini tetapi masih ada sesuatu yang membuatkanku rasa tidak terlalu hepy sangat.. Semuanya disebabkan Dia( xprlu utk mnyebut namanya lg).. Ketika mendapat surat aku  berada di perlis menghadiri kursus anjuran peladang.. Tiba2 tertera di skrin telefon nama Ibu.. Berita apakah yang ingin Ibu sampaikan ini.. Hati kecilku mula berbicara,rasa berkobar2 ingin tahu mula mengasak jiwa ini.. Dengan nada yang agak tenang aku menjawab panggilan tersebut.. “ Akak,td posmen ada hantar surat untuk akak,”ibu memulakan perbicaraan.. “Surat apa Ibu?” tanyaku.. “ Surat akak dapat sambung belajar,”jawabnya.. Kalimah Alhamdulilah yang dapat kuucapkan.. Doa ibu akhirnya termakbul.. Aku tersenyum. Wajah  si Dia mula terbayang. Tak sabar rasanya ingin berkongsi berita ini dengannya. Telefon akhirnya berada di tanganku,mencari namanya dan terus menekan butang dail..
Aku: Assalamualaikum..
Dia: Waalaikummussalam..
Aku: Erm.. Sibuk? Ana ganggu ke ni?
Dia: Eh,xpn.. Ada kat Penang skrg..
Aku: Owh.. Erm.. Ok..
Dia: Kenapa? Ada apa2 ke nk kongsi?
Aku: Ibu call td bgtau ana dapat sambung belajar..
Dia: owh.. Yeke? Tahniah.. Alhamdulilah.. Akhirnya dapat juga..
Setelah hampir setengah jam bercakap dengannya,membuatkan diri ini bertambah yakin untuk menempuh alam yang baru itu.. Dia banyak memberi kata2 semangat dan juga nasihat..
Hari yang ditunggu2 akhirnya tiba jua..
Hari pertama melangkah masuk ke kolej,membuatkan diri ini rasa gugup.. Dapatkah aku membiasakan diri dengan alam baru ini? Berbagai2 persoalan mula bermain2 di fikiran.. Seminggu berorientasi bermacam2 perkara serta ilmu yang ku perolehi.. Disamping mendapat kawan2 baru yang datang dari seluruh negeri,bermacam2 loghat yang dapat ku belajar dari mereka..
Hampir seminggu tiada khabar berita darinya.. Lupakah dia akan diriku? Ataupun terlalu sibuk dirinya sehingga diri ini tidak dipedulikan lagi.. Habis shja program, aku cuba menghubunginya.. Akan tetapi panggilanku tidak dijawab.. Hati mula terasa dengan sikapnya. Aku menenangkan diri,tidak terlalu berprasangka buruk sedangkan fikiran mula berfikir bermacam2 kemungkinan yang bakal berlaku. Hampir 3mggu dirinya tiada khabar berita. Hati mula merasa resah. Untuk sekian kalinya,setelah lama dirinya mendiamkan diri aku memberanikan diri menghantar mesej kepadanya. Tidak kuduga perkara yang menyedihkan kuterima darinya. Hati ini mula berputus asa sedangkan sesi pengajian baru sahaja bermula.. Ya Allah.. Kuatkanlah Hati hambamu ini.. Mutiara jernih mula menyapa pipiku untuk malam itu. Tidak pernah kurasa sesakit ini,tergurisnya sebuah hati tak dapat kubayangkan. Namun, ku tahu ada hikmah disebalik yang berlaku. Perhubungan yang hampir 5 tahun itu terkubur jua. Aku terima segala takdirNYA. Mungkin dia bukan yang terbaik buat diriku. Meskipun diri ini masih kecewa,aku tetap bersemangat meneruskan pengajian. Menyibukkan diri dengan belajar membuatkan aku sedikit sebanyak melupakan perkara yang memeritkan itu. Sokongan dari sahabat2 sangat memberi keyakinan kepada diriku yang lemah ini. Tanpa sahabat sekalian mungkin diri ini tidak mampu sekuat seperti sekarang. Gagal dalam sesuatu perhubungan bukan penghalang untuk kita berjaya di masa hadapan. Masa silam tak perlu diingati lagi andai ia hanya menyakitkan.
Alhamdulilah,dengan berkat kesabaran,ketabahan hati aku berjaya melupakan sedikit apa yang telah berlaku. Diriku tenang kembali,hidupku kembali ceria seperti selalu. Setelah beberapa tahun kemudian diri ini diuji lagi. Aku selesa berkawan dengannya. Dia pandai mengambil hati. Namun, aku harus menerima dirinya hanya sebagai kawan sahaja kerana dirinya sudah dimiliki. Aku terima dengan hati yang tenang. Mungkin bukan dia yang diciptakan untukku. Hatiku tetap tabah menerima sebarang kemungkinan. Kegagalan dulu membuatkan aku menjadi lebih berhati2 untuk berkawan dengan insan bernama LELAKI. Bukan disebabkan terlalu kecewa,tetapi tidak sanggup untuk disakiti lagi. Sesungguhnya kehilangan insan yang disayangi amat memeritkan.
Kini,aku hanya mengharapkan cinta Allah yang terlebih dahulu bertakhta di hati ini. Begitu juga ku harap pada dirimu agar hatimu juga mengharapkan cinta Allah. InsyaAllah,seandainya DIA mengizinkan kita untuk bersama tiada apa yang dapat menghalang kita untuk bersatu. DIA yang menghadirkan rasa cinta ini ke dalam hati kita,seharusnya kita mencintaiNYA terlebih dahulu.. Andai kau yang diciptakan untuk menjadi imamku nanti,aku amat2 bersyukur kepadaNYA kerana memilih diriku menjadi makmum buat dirimu. Cintailah aku kerana ALLAH bukan kerana siapa diriku..
               Allah menguji hambanya tanda DIA menyayangi hambanya,
                     DIA rindu untuk mendengar rintihan kita,
                            Tabahkanlah hati dengan setiap ujian yang diberi,
                                 Alangkah beruntungnya hamba itu apabila diuji,
                                            Berprasangka baiklah terhadapNYA..
                                                                         
                                                                   ~ Sekadar perkongsian ~ :-)




                                                                                                                               
                                                                                                                                            

Jumaat, 9 November 2012

Ya ALLAH.. Aku Rindu Dia...

Rindu ▬► Tengok Gambar ▬► Ambil Wuduk ▬► Solat ▬► Berdoa "Ya Allah, Jika Ini Jodoh Aku Dan Dia Kau Kekalkanlah Perhubungan Kami, Satukanlah Kami. Amin ♥"


Ya Allah.. Seandainya Dia yang telah kau ciptakan untukku, Kau satukanlah hati-hati kami.. Cinta kami hanyalah kepadaMu..
Ya Rabb.. pinjamkanlah aku kekuatan dan ketabahan hati..



Selasa, 6 November 2012

Seandainya Al-Quran mampu berbicara

Bacalah Al-quran selagi kita masih bernyawa, kerana ialah penyelamat kita di Akhirat kelak...


Aku buku kitab yang dicetak dengan sangat cantik
Untuk tahu tentang aku ada beberapa petunjuk
Aku diberi sampul mewah nan indah

Aku pasti ada disetiap rumah orang muslim

TAPI
Aku diletakkan di atas rak yang tinggi
Dibiarkan disana
Aku tertinggal dan dilupakan
Terkadang aku diletakkan ditempat2 yg kotor
Katanya utk mengusir hantu dan jin
dan disana juga aku dibiarkan tertinggal dan dilupakan
Dgn penuh hormat aku banyak dicium setiap kali selesai dibaca

TAPI
Pengajaran dan petunjuk utama yg ada padaku selalu dilupakan
Mereka mengabaikan pesan yg ada padaku
Adakalanya aku digunakan untuk bersumpah palsu
Kegunaanku yang sebenarnya sangat jarang diperhatikan

Sungguh ajaibnya aku mampu mengubah dunia
Yang semestinya mereka lakukan adalah memahami perkataanku
Jadi seharusnya
Bacalah aku
Pelajarilah aku
Perhatikan apa yang harus aku katakan untukmu

Aku punya hukum
Aku punya kebijaksaan
Aku punya sesuatu yg sangat berharga
Dan banyak yang aku punya yang tak mampu kau hitung

Akulah sang juru penyelamatmu
Akulah penuntunmu
Aku diturunkan dari Allah Sang Pencipta alam semesta
Aku diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW dan dipertahankannya Dengan airmata dan darah

Memperingati kebenaran adalah kemahsyuranku
Maka BACALAH aku, PELAJARILAH aku dan SAMPAIKAN isi yg ada padaku

KERANA
Al-Quran Al-Karim adalah namaku

Isnin, 5 November 2012

Picnic With Friends ( Faculty Of Syariah )

Semester 5 telah menutup tirainya... So,kita Enjoy!! hehehe.. Lata Bayu menjadi pilihan untuk aktiviti kali ni.. Dan yang paling best picnic bersama Sir Anas Suzastri ( Pensyarah Yang SPORTING).. Terima Kasih Sir kerana luangkan masa bersama kami "The Geng Of Syariah"  ^___^

Sir bersama family beliau ^__^
" Ukhuwah itu bagai seutas Tasbih, ada awal tiada penghujung, dicipta untuk mengingatiNya, dibahagikan untuk cintaNya, dan diratib untuk redhaNya..

:: Kenangan Bersama Sir ::

Sahabat Sejati
Ukhuwah itu..
Ukhuwah adalah ikatan hati & rohani dengan ikatan aqidah..
Aqidah adalah sekukuh2 & semulia2 ikatan..
Ukhuwah adalah saudaranya keimanan, manakala perpecahan adalah saudara kembarnya kekufuran..
Kekuatan yang pertama adalah kekuatan kesatuan..
Tidak ada kesatuan tanpa cinta kasih..
Minimum pada cinta kasih adalah berlapang dada..
Dan maksimumnya pada cinta kasih adalah 'itsar' ( mementingkan orang lain berbanding diri sendiri )
                                                                -Hasan Al-Banna -






Friends are like balloons, if you let them go, you can't get them back, so i'm gonna tie you to my heart, so i will never lose you..










Antara kenderaan yang membawa kami menuju ke destinasi pilihan :-)

Akhirnya... Sampai dengan selamatnya..



                         
                                  Keindahan Hutan Lipur Lata Bayu yang sungguh nyaman,menenangkan jiwa..

Alhamdulilah,perkelahan kali ni sungguh menyeronokkan, meninggalkan seribu kenangan buat semua kawan-kawan.. Silaturrahim antara kita semakin erat,semoga ukhuwah yang telah terjalin ini berkekalan selamanya,, Tidak ada sesuatu yang lebih indah melainkan memiliki sahabat yang beriman, sentiasa bersama ketika susah dan senang.. Uhubbukum fillah!! 





Ahad, 4 November 2012

Pesanan buat kekasih halalku....


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…




Ya Allah,Tolong jagakan Dia,didiklah hatinya supaya sentiasa bersabar dalam apa jua dugaan yang Engkau berikan, Yakinkanlah dirinya bahawa takdirMu adalah yang terbaik,rencanaMu lebih baik dari apa yang kami rencanakan.. Seandainya Engkau izinkan kami bersatu,Satukanlah hati-hati kami mengikut SyariatMu Ya Allah.. Cinta dan Kasih Sayang kami hanya padaMu Ya Rabb,pencipta bagi segala-galanya.. Tidak ada yang terindah selain bermunajat kepadaMu.. Ya Allah,Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. 


Khamis, 1 November 2012

Buah Delima Itu...

Alkisahnya.....
Di sebuah Pasar Malam berdekatan dengan rumah, Ayah terpandang buah delima itu.. Ramai pengunjung yg membelinya.. Teringat Ayah pada seorang anak perempuannya yang sedang menuntut ILMU di sebuah kolej.. Rindu bertamu di hatinya.. Wajah anaknya mula terbayang.. Sungguh manis sekali seperti buah ini,bicara Ayah sendirian.. Terukir senyuman di wajahnya.. Esok dia akan berjumpa dengan Puterinya itu,. Buah ini juga menjadi kegemaran anaknya.. "Encik,berapa harga buah ni?" Tnya Ayah kepada penjual.. "owh.. Buah ni sebiji RM1 ja pak cik,sedap isinya manis.. Ayah tersenyum.. Ayah memilih buah delima dengan teliti sekali supaya buah yang dibelinya itu tidak rosak,. Setelah membayar harganya Ayah kembali ke rumah dengan rasa gembira..
Hari esok akhirnya tiba jua...
Berjumpa dengan puteri kesayangannya adalah saat-saat yang dinanti2kan.. Wajah puterinya kelihatan.. Sungguh rindu sangat dengan wajah yang kecil itu.. Rasa bahagia dirasakan memiliki anak sepertinya.. Kasih sayang yang diberikannya selama ini sangat dihargai..
" Assalamualaikum Ayah,Ibu" Si Anak memulakan perbicaraan disaat wajah kedua Ibubapanya kelihatan sambil menyalami mereka berdua.. Terasa sayu di hati Si Anak.. Senyuman tetap terukir di bibir kecil milik anaknya itu.. Rasa bahagia di hati mereka semua.. Kata Ibu " Semalam Ayah pergi Pasar Malam ternampak Buah Delima ni,teringat dekat anak dia yang sorang ni" Bicara Ibu mula menyentuh Qalbu Si Anak.. Begitu Sayangnya Ayah kepada Puterinya itu..Rasa sebak kian terasa di hati Si Anak,menatap wajah orang yang paling disayangi itu sangat menenangkan.. Jasa mereka terlalu besar.. Tak dapat dinilai!
Kerana Delima itu...... Mengingatkan mereka kepada Puteri tersayang... ^___^


*Mari bersama2 kita mendoakan kesejahteraan kedua Ibubapa kita,semoga sentiasa dirahmati olehNYA*


Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

FirmanNya lagi: 
Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Rabu, 31 Oktober 2012

Wajah-wajah Ceria Geng Syariah!!

Ni lah antara wajah-wajah keceriaan yang kelihatan selepas keluar dari dewan exam.. 
Meh kita tengok siapa yang kena.. hehehe! Jgn marah ya ^___^






:: Enam PUTERI SYARIAH :: Semoga kejayaan milik kita semua.. InsyaAllah.. Sayang Kalian ^__^
CiNtA kItA SaMa TeRtAuT PaDa KaLiMaH AlLaH,
KaSiH KiTa SaMa TeRtUmPaH PaDa RaSuLuLlAh,
HaTi KiTa SaMa TeRcUrAh PaDa TaRbIaH IsLaMiAh,
DaN KeRaNa ItU KiTa DiSiMpUlKaN DaLaM SaTu IkAtAn,IaItU......••♥


~UkHuWaH FiLlAh~

Isnin, 29 Oktober 2012

Maafkan Aku Sahabat...

Sahabat...
Maafkan Aku..
Demi menjaga Qalbu ini..
Aku terpaksa menolaknya..
Walaupun bukan niatku untuk melakukan sedemikian..
Tapi.....
Aku terpaksa.. Tidak sanggup untukku menghadapinya..
Walaupun kau tak pernah merasai apa yang aku rasa selama ini..
Bagiku itu lebih baik dari kau mengetahuinya...
Aku Redha Atas TakdirNya.. Disebalik semua ini terselit satu hikmah yang tidak ku ketahui..
Aku doakan kau bahagia selalu meskipun kita kini telah jauh.. 
Kau sahabat yang Paling Baik pernah ku ketemui..
Aku tidak menyesali dipertemukan denganmu..
Akhir kalam.. 
SALAM KEMAAFAN!!


Sajak buat sahabat seperjuangan…


Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah, 
Serpih demi serpih ia punah, 
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.
Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.
Sahabatku.. 
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah, 
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.
Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.
Ingatlah sahabatku.. 
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah, 
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyyah.
_________________
jadilah sahabat yang baik… 
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Binalah nilai seorg sahabat yg baik..



Sahabat Sejati
Solehah&Aishah
Nilai dari ''PERSAHABATAN'' yg ''SUCI'' takkan ''KERING'' di musim panas. Takkan ''LULUH'' dimusim hujan. Takkan ''BEKU'' dimusim dingin. Dìa akan terus mekar walau bukan dimusim ''BUNGA''. Carilah sahabat ibarat ''LILIN'' yang rela habis demi ''TERANG''. Jangan cari sahabat ibarat ''KUMBANG'' kerana habìs manìs sepah di buang...." FRIENDSHIP IS EVERYTHING " 

Bersama-sama sahabat seperjuang!! Luv U All
Semoga Ukhuwah kita Berkekalan
Hingga Ke Akhir Hayat :-)
Dari kiri: TaRah*LiAna*SoLeHaH*AtiAh*DaYaH*SiTi*FaUzAh
Hepy jer Dorang Ni!!!! hehehe

•.• Milikilah •.
Sebuah HATI yg xprnah membenci..sebuah SENYUMAN yg x kan prnah pudar..sebuah SENTUHAN yg xpenah menyakiti dan sebuah PERSAHABATAN yg x akan prnah berakhir & brkekalan ABADI...INSYAALLAH..•.
••.

*Kak Syud* Kaulah sahabat kaulah kakakku!
Langit begitu biru,
Hutan terlalu hijau,
Hidup sebenarnya boleh
Sedamai ini indahnya
Yang terindah dalam dirimu
Adalah....
:: PENDIRIAN DAN SENYUMMU::









Akhir kata..
Buat Sahabat2 seperjuang sekalian..
Teruskan perjuangan kalian meskipun diuji pelbagai dugaan..
Semoga kita sama2 meraih Kejayaan..
Dan..
Ukhuwah yang dibina kerana ALLAH berkekalan selamanya..
Amin.. ^__^
(Bila Pena Berbicara)

Adam Dan Hawa

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya. Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut. Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki. Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang …


Cintailah Aku Kerana ALLAH

Semoga Cinta Kita Kekal Hingga Ke SYURGA!!
Kejayaan Diraih Bersama ^__^

Rabu, 24 Oktober 2012

Esok Rayaaaa!!

Salam pembuka bicara..
Alhamdulilah,syukur atas nikmat yang diberikanNya pada hari ini.. Dan juga baru selesai berjuang untuk hari ini,masih berbaki satu lg paper yg perlu brjuang.. Buat sahabat2 yg dkat mahupun jauh semoga perjalanan kalian selamat hendakNya dan selamat hari raya Aidil Adha yg disambut esok hari.. Walaupn kta masih dalam mood Exam raya tetap kena sambut.. 
Salam Ukhuwah buat semua!! ^___^
Manfaatkanlah ILMU sebaik mungkin agar dapat dimanfaat oleh orang lain dengan sebaiknya..
SMILE IS SUNNAH....

Ahad, 21 Oktober 2012

CURAHAN HATIKU KEPADA-MU YA ALLAH.....


Kucintai Engkau dengan dua cinta
Cinta kerana diriku dan cinta kerana diri-Mu
Cinta kerana diriku membuat diriku lupa pada yang lain Senantiasa menyebut nama-Mu
Cinta kerana diri-Mu membuat diriku selalu memandang-Mu
Kerana Kau kuakkan hijab
Tiada puji bagiku untuk ini dan itu
Bagi-Mulah puji dari penghuni semesta
Ya Allah, Engkau Tuhan Yang Disembah..!
Kuatkanlah imanku dalam keadaan apa pun
Dan janganlah Kau bolak-balikkan hatiku setelah Kau berikan hidayah-Mu
Ya Ghaffar, Engkau Maha Pengampun...!
Aku hanya mampu mengungkapkan secuil risalah-Mu
Namun, belum mampu mencegah kemaksiatan
Belum mampu menyentuh hati yang keruh.
Ya Hafizh, Engkaulah Maha Memelihara...!
Lindungilah aku dari kehancuran moral dan mendustakan agama-Mu
Jangan jauhkan aku dari Ramadhan-Mu
Kerana di sanalah kutemukan muara tangisan umat-Mu
Jangan jauhkan aku dari si lapar dan si miskin
Kerana di sanalah ku menemukan-Mu.
Ya Akbar, Engkaulah Yang Maha Besar...!
Betapa kecilnya diriku dibandingkan kebesaran-Mu
Aku tak mampu melihat kebesaran-Mu dengan mata kepala
Bukalah pintu hatiku agar ada ruang bagi kebesaran-Mu
Bukalah pintu hatiku agar aku dapat melihat rahmat-Mu
Ya Razzaq, Engkaulah pemberi rezeki...!
Niat telah kuikrarkan
Usaha telah kulakukan
Tenaga telah kukerahkan
Aku tak berharap kepada siapapun
Hanya kepada-Mu aku memohon pertolongan
Bukalah pintu rezekiku...!
Ya Ghani, Engkau Tuhan Yang Maha Kaya...!
Ada orang miskin tak bisa makan enak kerana tak ada makanan
Tapi tak sedikit orang kaya yang tak merasakan kelazatan makanan kerana sakit
Ya Hakim, Engkaulah Yang Maha Bijaksana...!
Aku ingin menjadi orang yang bijaksana
Aku ingin menjadi orang yang paling bermanfaat bagi orang lain.
Ya Alim, Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui...!
Berilah aku hikmah agar mampu melihat kebaikan-Mu
Berilah aku hikmah agar mampu menyelami tangisan dan impian saudara kami
Ya Jabbar, Engkau Yang Maha Kuasa...!
Kepunyaan-Mulah apa yang ada di langit dan di bumi
Jangan putuskan harapanku untuk menanti nikmat-Mu
Di tengah kesusahan hidupku ini.
Ya Qawi, Engkaulah Zat Yang Maha Kuat
Tanamkan kekuatan-kekuatan dalam hatiku
Agar aku tak menyerah pada kesulitan hidup
Agar aku mampu istiqamah dalam keyakinanku
Ya Matin, Engkaulah Zat Yang Maha Kukuh...!
Tanamkanlah kepercayaan diri dalam jiwaku
Agar aku tak merasa rendah di mata orang lain.
Ya Wasi, Engkaulah Yang Maha Luas
Ketika aku memberi kepada orang lain
Sungguh menambah pahala bagiku
Ketika aku membantu orang lain
Sungguh menambah kecintaan orang lain kepadaku.
Ya Qadir, Engkaulah Yang Maha Menentukan...!
Segala fikiran telah kucurahkan
Segala ikhtiar telah kulakukan
Suara hati telah kudengarkan
Sekarang tetapkanlah KETENTUAN-MU...!
Duhai Al-Amin
Allah Swt dan malaikat-malaikat bershalawat kepadamu
Shalawat kebajikan atas Al-Amin
Semoga orang yang bershalawat kepadanya selalu diberkahi.Amin!
Aku berdiri dalam tangisan diambang senja
Yang aku tahu kematian telah dekat
Namun, adakah syurga akan mempertemukan aku dengannya...?