Halaman


Rabu, 11 September 2013

Sahabat, Kau Istimewa


Terlalu sunyi kehidupan ini tanpa kehadiran seorang sahabat yang sejati.
Bertambah sunyi tanpa sesiapa yang menemani.  Dalam mengharungi keindahan berteman dan bergembira, tentunya ada tercalit sedikit sebanyak sembilu yang terbenam di jiwa.
Namun, biasanya sahabat akan terus memendam rasa demi persahabatan yang dicinta.  Diamnya penuh doa agar persahabatan akan berlangsung dengan lebih sempurna.  Sebarang kekurangan akan bisa diperbaiki segera.
Tatkala berteman, jagalah tutur kata.
Bergurau menambah ceria, namun terlebih gurau juga kan menukar rasa.  Kitajangan samakan sahabat kita seperti kita.  Mungkin sesuatu yang boleh kita terima dan kita anggap simple, namun baginya sesuatu yang sensitive yang boleh mengundang sedikit hampa.

Selami hati sahabat kita

sepertimana kita mahu dia memahami kita dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang tidak kita suka.
Seorang sahabat akan menerima segala baik buruk yang ada pada diri sahabatnya.  Kerana dia tahu, sahabatnya itu tidak sempurna dan sahabatnya itu memerlukan dia untuk sama-sama memperbaiki sebarang cela.
Jika kita hanya mencari kesempurnaan untuk menobatkan seseorang sebagai sahabat, kita sedang mencari bayang-bayang hitam yang sememangnya tidak akan pernah tergenggam.
Kau punya cara dan dia jua.
Janganlah kita mempersenda atau memperlekehnya hanya kerana caranya yang sedikit berbeza atau sedikit pelik berbanding orang lain.  Hormati caranyaselagimana ia tidak menyalahi apa-apa.
Biarlah dia dengan sifat diamnya, kita tidak boleh memaksanya membuka mulut menjadi seperti yang kita suka.  Atau biarlah dia dengan kegirangannya,dan kita boleh untuk tumpang ceria.
Dan, paling penting.. seorang sahabat tidak akan pernah membuka cerita tentangmu kepada teman-teman yang lain.  Dalam erti kata lain, mengumpat! Sahabat akan selalu melindungi sahabatnya dari menjadi buah mulut orang lain.  Menegur tidak salah malah itulah tanda cinta.
Tapi, bagaimana caranya?
Ajak dia berbincang dengan baik, bersemuka dua muka, dan bagitahu sedalamnya apa kesalahan yang telah diperbuat.  Bukannya kita mencari kesalahannya dan membuka sesi bual bertopikkan dia.
Jika sama-sama cuba mencari jalan penyelesaian, itu tidak mengapa.  Perindahkan cara supaya tiada hati yang akan terluka.  Apa guna persahabatan yang di luaran memang rapat tidak berjauhan, tetapi di hati menyimpan sesalan dan cemuhan.
Sahabat itu istimewa, kerana perhubungan sejati kerana Ilahi tidak akan terpisah, berjauhan akan bersambung melalui untaian doa yang tidak sudah, kematian ditemani kiriman-kiriman doa sebagai hadiah, dan inshaAllah bertemu pula nanti di alam syurga yang indah.
Sahabatku Dunia & Akhirat

              


















Isnin, 9 September 2013

Cinta Dalam Islam. Adakah Kaum Muda Memahami?

Assalamualaikum sahabat2 semua... bertemu lg kita hehehe ^_^ liana just nak kongsi artikel ni ngn korg smua.. tertarik dengan karyanya,jom sama2 kita hayati apa sebenar yg hendak pengarang sampaikn... enjoy it!!

Bercinta dan perasaan cinta mungkin sesuatu yang sukar dielakkan pada zaman ini. Dengan kemudahan teknologi perhubungan, hampir mustahil pemuda dizaman ini tidak bercinta, walaupun sekurang – kurangnya hanya dengan ber-sms.
Kali ini tajuk yang ingin dibincangkan adalah mengenai cinta di dalam Islam. Adakah kita, kaum muda memahami cinta yang dianjurkan di dalam Islam?

Cinta Dalam Islam

Cinta harus diungkapkan dengan baik dan benar sesuai dengan ukurannya. Jika tidak, boleh merosakan. Aturan cinta dan kasih sayang ini perlu dipelihara, sehingga boleh terpelihara dan keindahannya selalu terjaga serta menjadi benteng yang kukuh.
Contohnya, lihat pada pasangan suami-isteri. Cinta dan kasih sayang boleh menjadi benteng yang sangat kuat untuk menghadapi cubaan dan ujian dari Allah. Bila kitamampu menjaga kehadiran rasa sayang dan cinta, kita akan memiliki perlindungan yang terbaik untuk menghadapi tentangan besar dan badai kehidupan.
Namun, seringkali manusia tidak mengetahui hikmah yang tersembunyi di balik sebuah cubaan dan ujian. Lebih lagi apabila seorang manusia telah menggunakan egonya. Biasanya mereka akan kalah dan cenderung mempesoalkan tentang ujian dan cubaan yang menimpanya.
Contohnya ketika seseorang meluahkan perasaannya kepada orang yang disukainya. Kemudian mereka yakin bahawa hubungan mereka akan berjaya ke jinjang pelamin. Namun, mereka putus di tengah jalan.
Fenomena ini biasa terjadi dalam masyarakat, tetapi kita seringkali sukar menghadapinya. Bila tidak berhati-hati, boleh menyebabkan kekecewaan dan mempengaruhi hingga ke sendi-sendi kehidupan seseorang.
Sering kalahnya manusia dalam ujian percintaan merupakan kes yang biasa mendera kaum muda. Padahal, generasi muda sangat diharapkan oleh masyarakat sebagai agen perubahan. Sangat sayang apabila mereka  hilang dalam perjuangan zaman, hanya kerana urusan cinta dan kasih sayang. Kegagalan menjaga rasa cinta. Mereka hanya tidak mampu menguruskan fitrah yang sangat mendasar ketika menghadapi ujian kehidupan.
Ketika kaum muda putus cinta, seolah-olah putus segala harapan untuk  mendapatkan kasih sayang dari jantina berlawanan. Padahal tidak. Kesempatan mereka untuk mendapatkan kasih sayang dalam koridor yang sebenar masih terbuka lebar.
Meskipun begitu, sebaiknya kita mengharapkan cinta dan kasih sayang dari Allah. Cinta dan kasih sayang tertinggi dan terbaik dibandingkan cinta dan kasih sayang dari manapun. Kita  seharusnya selalu berprasangka positif terhadap Allah. Sehingga mampu menjadikan kita menerima kenyataan apabila ungkapan cinta dan kasih sayang terhadap sesama kita terputus di tengah jalan.
Kita juga jangan sampai kehilangan pegangan hidup, iaitu Islam. Bagaimana pun, sesuatu yang kita peroleh adalah hasil terbaik yang diberikan Allah. Meskipun pada awalnya kita tidak memahami dan merasa sakit, tetapi apabila kita percaya bahawa hal tersebut merupakan yang terbaik, kita akan ikhlas menerimanya.
Bagaimana memelihara dan mengelola perasaan cinta dan kasih sayang yang baik terhadap pasangan?
Biasanya, sebelum berumah tangga, para pemuda & pemudi selalu mendesak dan seakan terdesak untuk segera menikah. Tetapi, setelah berumah tangga, akan terasa hambar kerana semuanya sudah diketahui dan terbuka. Impian yang pernah dicita-citakan sebelum bernikah dahulu, seringkali kandas dalam pertikaian, kekerasan dalam rumah tangga, dan penceraian. Dalam hal ini, ada kegagalan dalam menjaga cinta dan kasih sayang.

Bagaimana Rasulullah mengajar cinta dalam Islam?

Rasul sendiri selalu memberikan kehangatan kepada isteri-isterinya, terutama Aisyah. Beliau selalu bermain serta memuji Aisyah. Sederhana dan mudah dipraktikkan untuk memelihara kehangatan. Contohnya dengan mengamalkan untuk mencium isteri 3 kali dalam sehari. Tidak perlu sembunyi-sembunyi. Kalau boleh, dihadapan anak-anak agar mereka boleh melihat ibubapanya yang bahagia.
Rasul juga selalu mencontohkan untuk menyampaikan kata-kata yang baik kepada isteri setiap hari seperti, Kamu cantik sekali hari ini. Rasul mencontohkannya dengan selalu memanggil Aisyah dengan jolokan si “pipi merah”. Ekspresi seperti ini, walaupun nampak mengada-ngada, tetapi ia merupakan doa yang terungkap dari dalam hati.
Tidak perlu membelikan alat-alat kecantikan yang mahal agar isteri menjadi semakin cantik dari hari ke hari. Cukup dengan memujinya setiap hari, maka isteri akan kelihatan lebih cantik, meskipun semakin tua dari hari ke hari. Kerana kecantikan isteri ada di dalam hatinya.
Amalan baik ini akan selalu dilihat oleh Allah. Allah berjanji apabila ada hambanya yang melakukan kebaikan dengan berusaha memelihara kasih sayang dan menjaga cinta sebagai seorang suami kerana Allah, Allah akan semakin mendekatinya. Bila hambanya mendekati dengan berjalan, Allah akan menjemputnya dengan berlari. Janji ini sepatutnya dijadikan motivasi bagi kita untuk selalu menjaga keluarga kita sebaik-baiknya.
“jangan menghabiskan cinta dan kasih sayang pada masa sebelum menikah.Masih ada perjalanan panjang dalam rumah tangga nanti”.








Rabu, 4 September 2013

~Jodoh Di TangaNYA~







"JODOH".. Dimana saya bercerita dengan IBU.., "ibu, ada seorang kakak ni lawaaaa sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam macam usaha dia cuba ibu, tapi masih satu pun macam tak datang melamar. Dia sangat gagah tau ibu." ibu hanya mampu tersenyum. Ayah juga.

Saya hairan. Kenapa?

Lalu ibu kata,"Mungkin jodohnya dengan kematian."

Terkedu. "Maksud ibu? Dia dah nak meninggal?"

"Bukan lah.. Maksud ibu, mungkin jodohnya yang ditetapkan oleh Allah tu sudah bertemu dengan kematian. Atau mungkin belum, tetapi hampir kepada kematian. Allah "simpan" dia. Mungkin kalau dia kawen, dan husbandnya meninggal, dia menjadi seorang perempuan yang lupa pada Allah? Sebab awak kata dia alim kan? Mungkin dia terlampau sayang dan tak boleh terima? Allah boleh je kawin kan diorang, tapi kan Allah kata, Allah kasi ujian kepada hambaNya yang mampu sahaja. Mungkin dalam soal ini, Allah tahu dia tak mampu nak tanggung. Jadi, Allah kasi dia ujian lain, dengan tak kahwin.

Oh,jadi sekarang saya faham, kenapa makcik umrah tu tak kawin, dan Allah tarik rasa nak kawin dekat dia. Ya, baru saya faham.. "mungkin jodoh makcik dengan kematian"

ibu sambung lagi.."jadi jangan berharap sangat untuk bertemu jodoh. Bukan ibu cakap, jangan tak fikir langsung pasal jodoh, tapi jangan terlampau "gila" kan tentang penemuan jodoh. Serahkan pada tanganNya. Menjadilah yang solehah. InshaAllah, kalau ada jodoh dan rezeki itu, datang jugalah ia kepada kamu.

Remaja zaman asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula diorang nak fikir, mati awal tu macam mana? Hish. Takut ibu. Kalau anak-anak ibu meninggal awal, entah apa yang hendak diorang persembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sayang, sama tarafnya. Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kamu kelak? Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata "bonus" kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang"







Saya diam. Betullah.

Kita ni, asyik nak jodoh jodoh, kawin kawin.
Kalau dalam Luh Mahfuz tu, pasangan saya tu ajalnya awal, maka saya punya jodoh tiada. Sebenarnya ada, cuma Allah tarik awal. Maka, takkan sepanjang hayat saya nak tunggu jodoh turun dari langit? Sedangkan "dia" yang Allah hantarkan tu sudah bertemu awal dengan PenciptaNya?








# JODOH ITU RAHSIA ALLAH #

Selasa, 27 Ogos 2013

BiCaRa HaTi SeOrAnG pErEmPuAn


Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku – seorang perempuan
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan

Daku…..
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya
“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya……

Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam – seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi
Namun
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian
Putera-puteranya di medan jihad :
“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi!”
Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan
Kecintaan padaMu Ya Ilahi

Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan
“ Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita……..”










                                                                                                                                  Wasalam..
                                                                                                                                      By: Wardah Liana 

Isnin, 26 Ogos 2013

MeNgEjaR CiNtA PeMiLiK ArAsY

Aku gadis biasa...
Yang tidak punya apa... 
Masih bertatih mencari reda...
Masih mentafsir erti kehidupan...
Tidak BERGAYA...
Tidak MESRA...
Tidak PEDULI apa kata orang padanya...
Aku hidup bukan untuk membuat orang suka padaku...
Kerana... Reda Allah bukan pada reda manusia melainkan orang tuaku...










Jika aku LEKA... TEGURLAH... 
Jika aku ALPA... INGATKANLAH...
Kerana aku hanyalah GADIS BIASA...
Yang tidak mungkin sempurna...











 Jom dengar!!





                                                                              ~Nukilan Dari Hati~





Ahad, 25 Ogos 2013

~ Tika DiniHari ~

- Ku Sakiti Lagi -

Ya Allah
Sungguh aku menaruh harapan
Kepada seorang hambaMu
Hati ku membuka satu firasat
Bahawa dia tercipta untuk ku
Bernarkah kata hati ini..

Lembaran baru tika membuka hati
Segalanya perit pertahankan rasa
Menghadapi hukuman jiwa
Bernyawa bersama permainan tangis
Inikah nilai seuntai rasa hati..

Ya Allah
Izinkan aku mencari separuh hati ku
Mengintai di lubuk hatinya
Terasa indahkah hati ku
Atau terseksa selamanya..

Terkadang ku mencari teduhan
Sinar pahit terlalu menderita
Semakin ku mengejar bayang
Hati ku mengalir darah duka..

Ya Allah
Seandainya dia tahu sebak cinta ku
Bagi ku ia cukup memadai
Mungkin dia akan merasai peritnya aku
Walau sebenarnya aku tahu
Aku bukan tercipta untuk dia..

Maafkan hambaMu Ya Allah
Sekali lagi menyeksa amanahMu
Melukai hati pemberianMu
Merintih mengejar dusta
AmanahMu ku sakiti lagi..








                                                             ~ Coretan Dari Sebuah Hati Yg Terluka ~

Sabtu, 24 Ogos 2013

DIAlah pemilik hatiku….


Hati kita ini walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya ALLAH SWT yang boleh memegangnya. Sebab itu kita perlu dekatkan diri dengan ALLAH. Sebab kita ingin DIA pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila DIA pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya cinta. Masa itu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak merasakan rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat cinta kepada ALLAH… 



Setiap org mempunyai pengalaman tersendiri.. 
Dengan pengalaman itu membuatkan kita menjadi 
lebih berhati2 menempuh hari yg mendatang
jadi jgn terus mengalah
teruskan hidup sebagai Hamba Ilahi..





Cinta ALLAH Cinta Abadi,
pengalaman yg lalu mengajar,
erti sebuah hubungan,
kembalilah kepada ALLAH,
InshaAllah,hidup akan menjadi tenang.. ^_^



                                

   Nukilan dari seorang Hawa...... 






Jumaat, 23 Ogos 2013

Riang Ria Raya 2013

Assalamualaikum shbt2 sekalian... sudah lma asanya xupdate blog mklumlah sbuk ckit apabila bergelar student ni kn... hehe haa bhsa pn da cmpuq abis da,blum cmpuq bhasa arab lg ni... dikesempatan ini asanya belum terlewat tuk liana mengucapkan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir & batin kpd korg semua ea... hope,kita smua dirahmati olehNya... ermmm  xda apa sgt nk diceritakan just nk wish kpd shbt2 yg da brtunang & berkahwin lepas raya ari 2.. semoga korang bhagia di dunia n akhirat... maafkn salah n silap hamba ea.. peace yo!!! ^__^ oppss sblum 2 sudi2knlah intai pict raya tahun ni... thun ni xsmpt nk ambk pict fmly... bcoz abg2 smua beraya di umah mntua... ok,hve a fun u all :)



Adik & Kakak


Abg & Adik





Yg belakang 2 my mum,yg dpn ni qistina ( ank buah yg pling aktif) huhu


 
Ayah bersama haziq ^_^



* Tahun ni xbyk sgt pict sekadar ini shj yg dpt dkongsikn... Doakan liana berjaya ea tuk tahun akhir ni... Semoga ALLAH permudahkn urusan kita semua... Aamiin...  :) 



Khamis, 13 Jun 2013

Kupasrah

Ya Allah....
Kuawali hari nan indah
mengingatiMu
menyebut namaMu
mendamaikan hati
menghapus resah

selembut sinar suria
sehalus sentuhan bayu
kepadaMu kupinta
agar cerah mendatangi
gelap malam berlalu pergi

sebiru langit nan tinggi
harapan setulus nurani
rahmatilah
redhailah
tiap detik yang kulewati
meniti di bumiMu

semoga sejahtera
selamanya memayungi
dibentengi dari badai
dihindari dari gelora
nan selalu meruntun

restuMu kupinta
selama nadi berdetak
selamanya kepadaMu
kupasrah....





Rabu, 3 April 2013

~ KISAH YANG AMAT MENGINSAFKAN ~



Hayatilah dan ambil iktibar....semoga bermanfaat

Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya.

Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia.

Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.

Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..

sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.

Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan.

Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka.

Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran.

Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran.

Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf.

Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...

itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran?

Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..

kita sangat sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... :( "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.......






........ ALLAHUAKHBAR....
~ Bacalah Al-Quran walaupun satu ayat.. Pesan untuk diri sendiri juga.. Semoga bermanfaat untuk kita semua!! 

Sekadar Perkongsian Ilmu..





Sesiapa yang ingin hajatnya ditunaikan oleh Allah maka penuhilah hajat/keperluan kaum muslimin

Abdullah bin Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah Salallahualaihiwassalam bersabda : المسلم أخو المسلم : لا يظلمه ولا يسلمه . من كان في حاجة أخيه كان الله في حاجته ومن فرج عن مسلم كربة فرج الله عنه بها كربة من كرب يوم القيامة ومن ستر مسلما ستره الله يوم القيامة ' Seorang Muslim itu adalah saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak boleh menzaliminya atau menyerahkannya (kepada musuh). Barangsiapa yang menolong menunaikan hajat keperluan saudaranya maka sesungguhnya Allah akan memenuhi hajat keperluannya dan barangsiapa yang melepaskan seorang muslim dari kesusahan maka Allah akan melepaskan dari dirinya kesusahan pada hari kiamat. Barangsiapa yang menutup aib (kesalahan) seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya (kesalahannya) di hari kiamat. [riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Pengajaran hadith :

1. Setiap muslim bersaudara, ada hak2 persaudaraan yg perlu dijaga
2. Tidak boleh menzaliminya sebaliknya kena berlaku adil
3. Tidak boleh menyerahkan seorang muslim kepada musuh atau orang kafir dan wajib melindunginya.
4. Sesiapa yang menolong memenuhi hajat keperluan seseorang muslim maka hajatnya akan dipenuhi oleh Allah.
5. Sesiapa yang melepaskan seorang Muslim dari kesusahan maka Allah akan melepaskan dirinya dari kesusahan akhirat.
6. Sesiapa yang menutup aib seorang muslim maka aibnya juga akan ditutup oleh Allah di hari akhirat.
7. Ukhuwah Islamiyyah adalah perkara aqeedah, ia melibatkan cabang Iman dan persoalan iktiqad.

Hanya seorang yang benar-benar Muslim akan mengambil berat tentang Muslim yang lain !




Sabtu, 30 Mac 2013

Coretan Minggu Ini!!

Assalamualaikum... Singgah sebentar lepaskan tekanan.. hehehe.. Untuk sahabat2 seangkatan yang akan menghadapi Amal Sanah malam esok( ISNIN ) dan hari khamis ni Good Luck ea, wat yang terbaik.. Semoga kita semua memperoleh natijah yang cemerlang.. Amin.. Bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat jua,..
Maklumat mengenai peperiksaan mid sem malam esok.. hoho

Alhamdulialh.. Kemarin niat di hati cuma ingin menghadiri majlis perkahwinan kakak sekolah lama.. Benarlah kata orang rezeki ada di mana2 sahaja.. Kemarin murah rezeki kami ( atiah,dila n aina ) dapat makan2.. 3 rumah pegi kenyang perut.. hehehe

RUMAH PERTAMA: PIZZA HUT

Hawaii Chicken

RUMAH KEDUA: NASI KENDURI

Menunya lebih kurang camni...

RUMAH KETIGA: KEK DAN PUDING                        

Nyummmiiiii hehehe
                                  
Terima kasih sahabat2.. walaupun penat tapi best.. hehehe Meredah dari satu kampung ke satu kampung.. Explore Village kata Dila,teringat lak masa kem kt penang dulu Explore City.. huhuhu Apa2 pun enjoy.. sekarang kena tumpu kat bahas dan exam lak.. Wat bff sya yg exam ari ni gud luck 4 u.. :) tatata next time akan kucoret lagi ea... Salam Ukhuwah!!


::::::: Tumpu apa yang penting dulu. Ya Allah permudahkan segalanya.. AMIN.. :::::

Khamis, 28 Mac 2013

Kami Sahabat ~Hoho~ ^__^

Susah senang bersama,suka duka bersama walau apa2 pn dugaan yg mendatang tetap bersama itulah dinamakan SAHABAT.. Kita berkenalan ALLAH yg aturkan.. Ukhuwah yang terbina kerana ALLAH membuahkan kasih sayang antara kita..

* Seminggu sebelum sem baru iaitu sem 6 bermula, satu program telah diaturkan.. Program Latihan Transformasi Negara @ PLTN bertempat di Kem Bina Negara Balik Pulau,Pulau Pinang dijalankan.. Meskipun tak ramai yang join tp sgt2 best.. Di situ ukhwah kami dieeratkan lagi,yg dah kenal makin kenal,yg sebelum ini langsung tak kenal,jd kenal n rapat pulak 2.. :-)

haa ni laa tmptnya hoho~


Sebelum bertolak.. Meh tengok apa dorg wat ea.. jeng3..





Meh tengok aktiviti apa yang kitaorang buat semasa disana! Jom intai tengok.. hehehe


Senaman dulu deh.. untuk kecergasan fizikal.. pasni nak redah hutan lak.. :)

Peserta Lelaki!!


Haaaa ni Peserta Perempuan lak hoho~

Antara Kumpulan yang ada dalam kem ni.. ermm xbanyak pun, 3 kumpulan jerr.. ^^


                       




Alhamdulilah,disinilah ukhuwah kami makin rapat.. Yang xkenal boleh jadi kenal dan rapat.. Apa2 pun kem ni memang memberi banyak pengalaman yang xdapat dilupakan terutama aktiviti " Explore City ".. Aktiviti tersebut mengajar kami erti kesusahan,kesabaran,kerjasama antara pasukan dan banyak lagi sampai xterkata.. hehehe.. Kitaorang enjoy sgt2.. Disini ada sedikit gambar2 yang dapat dikongsi bersama sahabat2 sekalian.. Terima Kasih kerana membaca.. Keep Smile!

En.Sani( Urusetia PLTN )
Ucapan Penghulu Kem



             






Ucapan Penghulu Wati Kem



Kenangan kita bersama!! Terima kasih kepada pelatih2 yang bertungkus lumus menjayakan program ini..











THE END.... <3 <3 <3